Silaturrahim (mother nature)
"... bahawa Allah 'Azza wa Jalla berfirman , Akulah Tuhan. Aku Maha Pengasih, Aku ciptakan 'rahim' (persaudaraan) dan Aku ambil perkataan itu dari nama-Ku. Maka barangsiapa menghubungkan silaturrahim, maka aku suka berhubung dengannya. Barangsiapa memutuskannya, nescaya aku memutuskannya." - Imam habib abdullah alhaddad. P andangan mengenai faham tentang maksud silaturrahim menjadi teras kelansungan baka/persaudaraan seluruh umat manusia. Menurut prinsip ini kekuatan sesebuah bangsa berakar dari teguh dan eratnya silaturrahim antara kerabat keluarga. Konflik 'silaturrahim' sebab tercetus krisis zaman ini. Pengenalan Faham Silaturrahim 1. Sebagai manusia, seseorang itu termaktub asal kejadiaannya dari belahan bahagian sifat(nature) ibu (rahim) dan ayah (rahman). Kita semestinya perlu mengikat silaturrahim terutama dengan ibu dan bapa, sesama adik beradik, sanak semenakan ibu dan semanakan bapa (ibubapa sauradara) iaitu sanak saudara (adik beradik ...