Silaturrahim (mother nature)
"... bahawa Allah 'Azza wa Jalla berfirman , Akulah Tuhan. Aku Maha Pengasih, Aku ciptakan 'rahim' (persaudaraan) dan Aku ambil perkataan itu dari nama-Ku. Maka barangsiapa menghubungkan silaturrahim, maka aku suka berhubung dengannya. Barangsiapa memutuskannya, nescaya aku memutuskannya." - Imam habib abdullah alhaddad.
Pandangan mengenai faham tentang maksud silaturrahim menjadi teras kelansungan baka/persaudaraan seluruh umat manusia. Menurut prinsip ini kekuatan sesebuah bangsa berakar dari teguh dan eratnya silaturrahim antara kerabat keluarga. Konflik 'silaturrahim' sebab tercetus krisis zaman ini.
Pengenalan Faham Silaturrahim
1. Sebagai manusia, seseorang itu termaktub asal kejadiaannya dari belahan bahagian sifat(nature) ibu (rahim) dan ayah (rahman). Kita semestinya perlu mengikat silaturrahim terutama dengan ibu dan bapa, sesama adik beradik, sanak semenakan ibu dan semanakan bapa (ibubapa sauradara) iaitu sanak saudara (adik beradik kakek), saudara terdekat sanak yang mempunyai pertalian darah/gene), sahabat dan persaudaraan sesama manusia. Nuansa silam memlerkenalkan tradisi mengenakan darjat kemuliaan dan menjaga kedudukan menjadi taruhan harga maruah yang paling berpengaruh. Muhammad saw adalah jalur dari garis keluarga (bani) Hasyim. Dalam kaitan ini, Islam telah menggariskan prinsip hubungan Allah dan sesama manusia dari satu bentuk kejadian yang berkekalan wujud bagi menyatu-padukan sendi2 'akhlaq terpuji' menebati baka turunan nubuwat berpanjangan hingga akhir zaman. Melepaskan segala bentuk perbezaan dan nilai melalui konsep "brother in humanity" senegara, sebangsa, menjangkaui sempadan geografi politik, (New Zealand, Australia, Mesir, Iran, Bosnia, Afrika, Iraq, Afghanistan, Rohingya, Indonesia). Lebih dari itu lagi 'saudara dalam konsep kemanusiaan'.
2. Menurut Imam Habib Abdullah Alhaddad di dalam Wasiat Iman dan Nasihat Agama, "... antara tujuh malapetaka kemanusiaan adalah memutus silaturrahim, memakan harta anak yatim dan mengambil harta wakaf. Menurut Prof. Dr Syed Hussein Alatas, individu yang dipengaruhi oleh fahaman salafi/wahabi cenderung berlaku tidak adil terhadap diri sendiri dan orang lain. Mereka terwenangan dari petunjuk ajaran yang benar dan dengan berkeras memperguna, mengambil kesempatan, mengerogoti harta wakaf, perampasan hak sanak saudara dalam kalangan yang yatim. Perselisihan dicetus membabitkan kekeliruan faraid sehingga mengakibatkan pengabaian keutamaan memelihara hak/tanggungjawab bersama terpalit martabat keluarga. Berlaku curang terhadap keputusan dan culas terhadap amanah. Putaran kehidupan yang menimpa Rasulullah saw, fatimah, ali, abdul mutalib dan saidina husain merupakan suri contoh peristiwa bencana terhadap kemanusiaan.
Dan bahawa masyarakat muslim hari ini telah keliru oleh semboyan perpecahan saudara. Kehampaan dalam semangat persaudaraan berlaku disebabkan disorong tujuan kepentingan/kebendaan untuk diri sendiri, sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang jiwa bersaudara. Putus hubungan saudara mencemar pertalian merosakkan sendi kebahgiaan. Mencantum ikatan jiwa saudara adalah bunga kegembiraan dan kesenangan hidup.
Sentimen kekeluargaan menurut Ibnu Khaldun adalah teras kesinambungan suatu misi berlansung terutama membabitkan pembelaan terhadap baka keturunan atau 'assabiyah'. Sentimen kekeluargaan merupakan pohon dari akar perjuangan rasulullah mampu menjamin kecukupan, penjagaan hak, keselamatan, dan kebenaran misi yang berterusan. Assabiyah dan 'silaturrahim' merupakan nadi penghubung kepada mengenal baka keturunan leluhur dan badi peninggalan.
Sifat terpuji rasulullah adalah membela anak yatim dan membantu kalangan saudara yang miskin. Rasulullah juga bahagian dari anak yatim dan miskin dan baginda di bela oleh bapa saudaranya Abu Talib, Abbas, Hamzah.
2. Jika kita rasa bersaudara, kita perlu sedia membantu mereka yang memerlukan. Mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi pernah menyebut, dunia terlampau sempit untuk pecah-belah. Dalam ayat Al-Quran menyebut: 'Inna ma almukminu alikhwah'.

3. Punca pecahbelah adalah sebab putus silaturrahim dan tidak wujud silaturrahim. Raja Ahmad Aminullah sebut, 'ukhuwah tinggal kuah'. Sebab itu bagi Jaringan Anak Muda (JAM), bersahabat seramai mungkin, elak cari musuh.
4. Menurut , kalimah 'saudara' itu dari 'sa' - 'udara' : kita semua bernafas se udara yang sama. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga pernah sebut dari falsafah Cina, "empat lautan terbentang, semua manusia bersaudara."
5. Jika kita merujuk tokoh seperti Said Nursi, F.Gulen, H. Al-banna, TG Nik Abdul Aziz, M. Gandhi, kesemua mengatakan perpecahan berlaku disebabkan lemah persaudaraan. Malah setiap agama dan falsafah, tema utamanya juga persaudaraan dalam organisasi, politik dan kekeluargaan.
6. Perbezaan boleh diatasi dengan persaudaraan dan rai perbezaan. Persaudaraan tak hanya sesama agama, bangsa, kaum, etnik, dan sempadan geografi negara saja. Persaudaraan kemanusiaan universal tak terikat dengan mana2 sekatan.
Bagaimana mengekalkan Silaturrahim?
1. Mencoret pengalaman berorganisasi, hauzah, haul (ulangtahun),
bersambung..
bersambung..
Comments
Post a Comment