Budaya dan Etika Kerja Melayu dan Cina Berniaga : Dari Perspektif Peradaban
Menurut Max Weber dalam the Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism (1905), penguasaan dalam bidang ekonomi berhubungkait dengan budaya
kelompok kepercayaan sebagaimana beliau merangkai kaitan Protestanism
dan Kapitalism yang menerapkan unsur individualistik sehingga memisahkan
hubungan sesama manusia. Idea dan teori Weber kemudiannya diolah kepada
sebuah kajian dalam bidang ‘Social Psychology’. Para sarjana seterusnya
mengkaji interaksi budaya dalam menggerakkan cara kerja dan tahap
pencapaian ekonomi dan perniagaan sesebuah negara. Menurut Samuel
Huntington, “Peradaban (Civilization) merupakan konstruksi pencapaian
budaya tertinggi”.
BUDAYA DAN ETIKA NIAGA
Secara umum
budaya perniagaan dalam kalangan Melayu dan Cina Muslim berlandaskan
hadis Rasulullah saw melalui Imam Al-Ghazali, “ 9/10 peluang rezeki
adalah dalam bentuk perniagaan”. Dimana seruan bersikap amanah dan adil
dalam perniagaan tertakluk kepada prinsip yang jelas dalam Surah
Al-Isra’ ayat 35 dan Surah Al-Nisa’ ayat 58. Manakala cegahan dari Sabda
Rasulullah saw. “Jangan dicampur antara amanah dan curang“. (trans.)
melalui riwayat Ahmad Bin Hanbal.
Hakikatnya semua para peniaga tertakluk pada budaya amanah (trust),
ikhlas (sincereness) dan jujur (honesty). Bagi mengawal aktiviti
perniagaan mereka diberi peringatan larangan dalam surah Al-Rum ayat 39
berkaitan riba’. Melalui surah Al-Lahab pula, para peniaga diperingatkan
dari bencana akibat sifat tamak haloba yang menimpa Abu Lahab dan
isterinya.
SEJARAH BUDAYA NIAGA ARAB
Melakar penglibatan
masyarakat arab dalam perniagaan dan perdagangan (merchant) berlatarkan
geografi Kota Mekah sebagai pusat perdagangan utama semananjung tanah
arab abad ke-3M diungkapkan dalam Surah Quraisy :
“... kebiasaan orang-orang quraisy iaitu kebiasaan mereka berpergian pada musim dingin dan pada musim panas...”
Bagi masyarakat arab, perniagaan lazimnya dilaksanakan melalui kaedah
luahan kata-kata (expressions or speaks for themselves) iaitu,
‘perkataan saya ialah ikatan saya' (my words id my bond) seterusnya
berjabat tangan. Menurut Putra Mahkota Saudi Alwaleed bin Talal
Abdulaziz Alsaud, pengerusi syarikat Kingdom Holding,
'.. di
dunia arab saya tidak perlu berbuat apa-apa kontrak, jika saya
menyatakan sesuatu saya akan memenuhinya, jika kamu tidak jujur dengan
perkataan kamu, kehinaa buka sahaja akan menimpa kamu tetapi juga
keluarga kamu dan nama keluarga kamu'. (Business Leadership in the Arab
World, 2011)
ETIKA DAN BUDAYA NIAGA MELAYU
Dalam
peradaban, budaya niaga Melayu mencapai kebudayaan yang tinggi dalam
tamadunnya hanya apabila Islam datang ke kepulauan (archipelago) pada
abad ke-7M. Menurut Syed Naquib Alatas,
Kebudayaan Islam arab telah mengembangkan budaya dan etika Melayu
berniaga (open trade and merchants). Pada abad ke-14M, Melaka
merupakan pusat bertemunya manusia (place to gather) dari seluruh
pelusuk dunia termasuk Afrika, Amerika, Sepanyol, dan Negara Eropah
lain seiring dengan kepesatan Palembang menjalankan fungsi melalui
peranan yang sama sebagai tempat pelabuhan utama dunia ketika itu.
Pada masa berikutnya peranan nilai 'budi' yang diajar dalam Islam telah
mempunyai pertautan yang erat dengan adat (national-custom/tradition)
bertindak sebagai norma sosial melayu yang kemudian harinya menanam rasa
terhutang budi oleh pihak rakyat terhadap pemerintah sebagaimana
'feudalism yang diamalkan di zaman Majapahit dan Srivijaya. Nilai adat
menurut Syed Hussin Ali seperti 'biar mati anak, jangan mati adat'
perlu diterbalikkan (necessary to reverse it) menjadi 'biar mati adat
jangan mati anak' kerana pengaruh budaya feudal menyebabkan timbulnya
nepotisme dan kronisme sehingga budaya melobi antara usahawan dan
birokrasi menjadi sifat kepada gejala rasuah (Syed Husein Alatas, 1990).
Perlakuan etnik Melayu sedemikian telah dianggap (assume) oleh pihak British melabel mereka sebagai pemalas (Syed Husein Alatas,
1977. the Myth of the Malay Lazy Native). Kesan daripada nilai dalaman terhutang budi
menimbulkan rasa rendah diri (psychology of fear). Situasi ini memberi
kesan negatif terhadap pembinaan nilai peribadi pucuk pimpinan kepada
budaya korporat feudal. Menurut Syed Farid Alatas, pemimpin Melayu telah mewujudkan budaya kuno dalam masyarakatnya sendiri. Dalam sebuah wacana beliau menyifatkan
'.. that is Malay leaders creating moronic society', were also have
been victims of the more extreme among the Salafis groups, where
barbaric acts of violence perpetrated against other religious.
ETIKA DAN BUDAYA NIAGA CINA
Berbeza dengan budaya etnik Cina, mereka percaya bahawa seseorang
berpeluang mencapai ke tahap individu unggul (the Ideal of Excellence)
iaitu Junzi dan falsafah Sage. Menurut Konfucius,
'If we wish to
carry our knowledge to utmost, we must investigate the principle of all
things with which we come into contact. Our knowledge is far being
perfect if we comprehend one principle only and yet fail to see other
principles. If we grasp the principal part and yet ignore the details,
if we take notice of what is far and outreaching but neglect those that
are deep and subtle'.
Menerusi perspektif peradaban, etnik Cina
bersikap pluralistik dalam melihat agama dari sudut falsafahnya. Menurut
Charles Alexander Moore (1967),
'It has been said too, that in
China it is not necessary to be religious but it is necessary to be
philosophical, or at least possessed to knowledge of philosophy. For the
Chinese, philosophy takes the places of religion - certainly for the
educated and intellectual Chinese'.
Robert Kuok, usahawan Cina mengatakan :
'As children, we learned about moral values-mainly Confucian. As father
wa a businessman, terms such as "business integrity", "honour", "your
words your bond" were used by the elders and sank into our minds'
Kebanyakan nilai murni seperti ikhlas, jujur, amanah, pemurah, adil,
beretika dan sedia membantu telah dihayati dalam mengukuhkan hubungan
perniagaan yang dibina berdasarkan hubungan kekeluargaan dan
berpersatuan (association/organization/union). Jalinan perniagaan dan
perdagangan ini seterusnya dikhususkan melalui kesatuan di bawah
organisasi sulit (secret societies) bersumberkan ideologi persaudarann
suci (sacred brotherhood).
Comments
Post a Comment