Cita Sempurna Warisan Sejarah
Kefahaman tentang cita sempurna telah dilukiskan dengan terangnya oleh Ralph Waldo Emerson (1803-1882), seorang ahli falsafah dan sasterawan
Amerika yang terkenal sebagai contoh dalam dunia bagaimana semangat mencapai kejayaan dan kekuasaan menjadi penggerak utama dalam sejarah. Prof. Alatas menggariskan ciri kepimpinan yang dikehendaki sebagai peneraju membentuk masyarakat sempurna (ideal society) berdasarkan pembahagian susun lapis yang dianjurkan oleh mahaguru ekonomi Prof. Kawai Eijiro (1891-1944) untuk menjelaskan cita sosial (social ideal) dalam masyarakat.

Jenis pemimpin yang mempunyai cita sempurna pertama terunggul sepanjang
zaman adalah Saidina Ali bin Abi Talib (Khalifah ke-4) dan Umar Abdul
Aziz (Khalifah Umayyah ke-8, 717M). Mereka dipandu oleh ‘cita sempurna’
dan bentuk pemerintahannya adalah republik berdasarkan hukum al-quran.
Mereka tidak mengumpul harta, menyalahguna kuasa, menindas yang lemah,
bertindak sewenang-wenang atau melindungi petugas yang menyeleweng. Pada
zaman Muawiyah bin Abi Sufyan, seluruh masjid dalam kerajaan Umayyah
mencaci Saidina Ali dan Keturunannya dari mimbar di setiap jumaat. Ini
dihentikan oleh umar Abdul Aziz dan digantikan dengan doa melembutkan
hati rakyat untuk bersabar, bersedekah dan suka menolong. Menurut
Izzuddin Ibn Al-Athir (1160-1233) seorang sejarawan yang menulis The
Complete History (Kamil al-Tawarikh) dalam riwayat raja-raja lampau Umar
Abdul Aziz mewakili pemimpin yang jujur dan tegas dalam menjunjung
keadilan.
Tradisi sufi amalan warisan rasulullah bersinambungan melalui saidina ali b. abi talib sebagai pengemban kelansungan tarikat yang kemudiannya disambung oleh Khalifah Umar b. Abdul Aziz dan seterusnya dipelopori oleh wali songo di kepulauan melayu. Kesan konflik di zaman awal khalifah membibitkan cetusnya perbezaan kepentingan berpanjangan sehingga hari ini. Di masa ketegangan, fungsi tasawuf bersikap kecuali, berdiam diri (sulit), antara mereka yang mewakili ahli suffah adalah ikhwan alsafa dan muktazilah.

Jenis kedua adalah Nuruddin Zanki (1117-1174), menurut
Ibn Al-Athir Nuruddin diketahui sebagai seornag yang bijak dan adil.
Orangnya sederhana, bertakwa dan berilmu ketuhanan. Peranannya
besardalam membentuk cita sejarah (ideal destiny). Selepasnya Salahuddin
Alayubbi (1138-1193) menurut Prof. Gibb, beliau (Saladin) bersifat
menyatu ketika persengketaan dan patah semangat politik (demoralization)
kalangan masyarakat. Beliau mengutamakan tindakan manusiawi terhadap
kawan dan lawan. Belaiu bersifat belas kasihan serta mendekati ilmuan.
Antara ilmuan terkenal zamannya adalah seorang yahudi bernama Musa bin
Maimon @ Moses ben Maimon (1135 – 1204). Orang yahudi menganggap beliau
sebagaimana Rabbi Abraham J. Twerski sekarang. Salahuddin seorang wira
kesatria (chivalry) sejati berakhlak luhur, sopan dan murah hati serta
romantik.
Sepuluh sifat cita sempurna iaitu adil, murah hati,
mementingkan keperluan rakyatdan kesejahteraanya, tinggi semangat
bekerja dan keazaman untuk mencapai sesuatu, mengelakkan diri dari hidup
mewah dan runtuh akhlak, menghormati kedaulatan hukum walaupun dirinya
atau keluarganya yang terlibat, menghargai ilmu pengetahuan dan
ilmu-ilmu seluruhnya, tinggi kesatrian dan hormat diri (honour),
kekuasaannya tertakluk pada cita sempurna dan peribadinya tidak
tercemar. Seterusnya, Cita sempurna membentuk cita sejarah Sultan Mahmud
Ghazni. Di masa beliau ilmuan seperti al-Farabi, al-Biruni dan Firdausi
mempunyai kedudukan penting dalam mengembang ilmu pengetahuan.
Cita sempurna yang timbul dalam Deklarasi jelas dan besar gegarannya
dalam sejarah, apa yang timbul dari Revolusi Perancis (1789) dan
Revolusi Amerika (1775) merakamkan warisan daripada peristiwa ini adalah
sistem kenegaraan yang bertamadun. Deklarasi hak manusia ini dibahaskan
oleh Thomas Paine dalam The Right of Man (1969) sebahagian usaha cergas beliau
membangkitkan kesedaran keadilan sosial dan masyarakat insaniah, lebih
dari itu adalah Lahir semula Manusia (Regeneration of Man). Siri revolusi di eropah merupakan biang (tempiasan) rencana Islam dalam memperjuangkan hak asasi manusia. Dasar hak
asasi yang dianjurkan oleh pejuang kemanusiaan kurun ke-18 hingga dewasa
ini adalah kelansungan dua jenis hak asasi yang dibangkitkan oleh
Saidina Ali bin Abi Talib iaitu hak layanan adil dari kerajaan
pemerintah dan hak berilmu pengetahuan. Saidina Ali telah menganjur
dasar pemikiran bersifat universal. Prinsip beliau yang jelas difahami hingga kini, beliau mengatakan, "saudara sesama Islam adalah saudara sesama seluruh manusia" (brother in Islam is brother in humanity).
Tindakan pencerobohan ke atas cita sempurna dalam sejarah dan di masa sekarang adalah akibat tindak-tanduk golongan berkuasa yang jahat, bodoh, sombong (jadong) iaitu tidak bijak mencapai matlamat jangka panjang, tidak tahu mengendali perasaan dan tidak menolak cita bencana.

Cita bencana pula ditayangkan dalam
sejarah kepimpinan Stalin dan Hitler melalui cita sosial kaum biadab dan
keruntuhan masyarakat. Menurut Prof. Naquib memetik teori seorang
sarjana Henri Pirenne dalam A History of Europe bahawa proses sejarah yang memulakan semangat
Abad pertengahan di Eropa bukan disebabkan kedatangan Kaum Biadab
sukubangsa Jerman yang telah berduyun dengan ganasnya menceroboh
Imperium Rome. Meskipun malapetaka dan huru-hara daerah tersebut tetap
berlaku pada kala itu, tiada suatupun dasar baru yang timbul menjelma
sebagai akibat kedatangan orang Jerman itu, baik dalam sistem ekonomi
dan susunan struktur masyarakat, mahupun dalam kedudukan bahasa dan
keadaan institusi yang ada. Apa jua sisa tamadun yang tinggal baki
semuanya merupakan sifat kebudayaan Laut Tengah.
Antara lain cita
kepimpinan Hajjaj. Hajjaj bin Yusuf khalifah bani Umayyah telah
membasmi dan menghapus penyokong dan pengikut Saidina Ali (Masudi oleh
S. M. Jawad Mughniyah dalam The Despotic Rulers) Contoh dari Eropah
tentang raja yang zalim adalah Henry VIII, Raja Inggeris (1491-1547).
Beliau ditentang oleh Friar Forest dan Carthusian kerana menolak agama
Henry sebagai wakil tuhan di bumi.
Pengabaian untuk memperbetul pendidikan merupakan teras hilangnya cita sempurna masyarakat intelek, kepimpinan dan generasi berwibawa yang terkembang dewasa ini. Masyarakat yang terbentuk dari ketandusan ini membiak dalam kelesuan (laih), kebudakan (childish), culas (mediocre), jadong (oblomov), bebal (pandir).
Di alam gelap teruna
Di tarik mata hati tertawan
Amalkan tetap cita sempurna
Barulah kata diri pahlawan
Mengganti pisang dengan kedondong
Lain dikunyah lain dirasa
Memanglah musang guru si jadong
Rosak amanah cita binasa
Laung suara tiada hentinya
Hedakkan bangsa gagah dan maju
Sungguhpun mesra semak ertinya
Jangan biasa salah teraju.
~ * ~
Syed Husein Alatas, 2000
Comments
Post a Comment